Sabda Rasullullah yang bermaksud:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, nescaya Ia
bukakan kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan
kepercayaan yang kukuh, Ia jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku
hidup yang dijalaninya, Ia jadikan hatinya sihat sejahtera dan
lidahnya bercakap benar dan perangainya baik/mulia dan Ia jadikan
telinganya mendengar dan matanya melihat yang baik"
(diriwayatkan oleh Abu Syeikh dari Abi Zam)
HURAIAN
Tanda-tanda seseorang manusia itu sedang dibimbing Allah ke arah
jalanNya yang lurus atau kearah agama Nya yang suci ialah :
Allah membuka pintu hatinya dan membedahkan segala hijab-hijab
kelalaian dan kejahilan, kemudahan hati yang terbuka itu dipancarkan
dengan cahaya iman,cahaya cintakan Allah dan cahaya ma'rifatNya yang
suci.
Kemudian hati yang dipancarkan dengan kecintaan dan ma'rifat itu akan
dihiasi pula dengan kayakinan dan kepercayaan yang kukuh dan utuh,
dan tidak tergoncang oleh fitnah-fitnah dunia.
Kemudian hati yang iman, ma'rifat, keyakinan dan kepercayaan kukuh
akan dijadikan Allah begitu hati-hati, waspada dan sensitif dalam
setiap langkah hidup yang dijalani hingga ia terselamat dari noda-
noda dosa dan nafsu-nafsu penyelewengan dan ia juga begitu sedar dan
teliti dengan segala ajaran-ajaran Allah.
Allah jadikan hatinya yang penuh iman, ma'rifat, keyakinan dan
kesedaran itu sihat sejahtera dari penyakit-penyakit hasat dengki,
ria', takbur, dendam, marah, rasa perseteruan, was-was, keraguan dan
sebagainya dari penyakit-penyakit jiwa yang menyeksa dan
menghilangkan ketenteraman manusia.
Sebagai kesan dari pembinaan iman dan ma'rifat yang kukuh dalam hati
seseorang, ia akan menjadi seseorang yang sentiasa bercakap benar dan
berani memperkatakan kebenaran walau dimana sahaja berada.
Kesan dari pembinaan dan ma'rifat itu juga Allah kurniakan kepadanya
telinga yang sentiasa cintakan ajaran dan nasihat yang benar dan
serentak dengan itu Allah kurniakan kepada matanya yang tajam yang
dapat melihat rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat ketuhanan disebalik
kejadian Allah dengan penelitian batin yang mendalam.

Difailkan dalam: Amalan & Doa
0 komentar:
Posting Komentar